Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) susulan daripada memuncaknya kes berkaitan pengabaian perintah nafkah anak dan memerlukan perhatian dan tindakan khusus oleh pihak kerajaan. Rentetan dari permasalahan itu, kerajaan Malaysia melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama IslamMalaysia (MKI)3 telah bersetuju agar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Mula ditubuhkan secara rasminya BSK telah pada 22 Oktober 2008 dan dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM Putrajaya dan hanya beroperasi sepenuhnya pada April 2009, tumpuan Bahagian ini adalah berkisar tentang permasalahan nafkah anak yang mana tidak dijalankan dengan sewajarnya oleh bapa-bapa kepada anak-anak tersebut. Dalam majlis perasmian tersebut, BSK telah menerima sumbangan dana kewangan yang pertama sebanyak RM500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan bagi merealisasikan tujuan penubuhannya, pada bulan April 2009, BSK pusat di JKSM telah menghantar pegawai dan kakitangan ke setiap negeri di seluruh negara termasuk ke Negeri Johor. Matlamat utama BSK adalah untuk menguatkuasakan perintah MahkamahSyariah khusus berkaitan nafkah anak sahaja. Walaubagaimanapun, semenjak 2012, bidangkuasa tersebut diperluaskan kepada nafkah isteri dan nafkah eddah dan bermula tahun 2017, skopnya telah diperluaskan kepada cabang penguatkuasaan kes mutaah.Bahagian Sokongan Keluarga secara asasnya terdiri daripada tiga (3) Unit yang berasingan tetapi saling berkaitan iaitu Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan(UKNP), Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (UPPP) dan Unit Pengurusan Dana(UPD). Setiap satu unit tersebut mempunyai peranannya yang tersendiri tetapi saling berkait dari segi proses.. Konsep penubuhan suatu agensi khusus bagi tujuan penguatkuasaan perintah nafkah bukanlah merupakan suatu konsep yang baru di dunia kerana ia telah diamalkan di Negara-negara maju seperti United Kingdom dan Australia. Negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Negara Islam Maghribi, konsep penguatkuasaan perintah nafkah ini sudah sedia wujud dan berfungsi sebagai agensi yang mentaksir, mengutip dan menguatkuasakan nafkah dan telah terbukti keberkesanannya, kalaupun masih ada ruang tertentu bagi tujuan penambahbaikan. Di Australia misalnya, Australian Child Support Agency yang diselia oleh Australian Government Department of Human Services di bawah Australian Government’s Child Support Scheme adalah badan yang mengelola urusan berkaitan saraan nafkah anak.
Model yang digunapakai oleh agensi ini telah dikaji dan dijadikan panduan di dalam menubuhkan BSK. Walaubagaimanapun, berasaskan prinsip keadilan syariah, model BSK pada hari ini merupakan hybrid kepada sistem yang sedia ada apabila satu unit khusus diwujudkan di bawah BSK yang bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kewangan dalam bentuk pendahuluan kepada pemiutang penghakiman yang terdiri daripada ibu-ibu dan anak-anak yang teraniaya sementara menunggu perintah nafkah yang mereka perolehi dilaksana dan dikuatkuasakan oleh Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah BSK. Terdapat panel Peguam Syarie di UPPP ini yang berperanan mewakili bekas isteri/ibu/penjaga kepada anak yang diabaikan nafkahnya melalui instrumen penguatkuasaan yang diperuntukkan oleh enakmen negeri yang berkuatkuasa bagi menuntut kembali hak mereka menerusi Mahkamah Syariah. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK adalah percuma.

| Nama | Jawatan | Telefon |
|---|---|---|
| Noriana Binti Ahamad Sapari | Pegawai Syariah | 07 219 9055 |
| Nurdiyana Binti Aziz | Pegawai Syariah | 07 219 9058 |
| Ahmad Noor Bin Abu Bakar | Penolong Pegawai Syariah | 07 219 9057 |
| Norazilawati Binti Jasman | Pembantu Syariah | 07 219 9050 |
| Nor Azila Binti Osman | Pembantu Tadbir Kewangan | 07 219 9054 |
| Bil | Tajuk | Dokumen |
|---|---|---|
| 1 | Dasar Pengurusan Rekod Kerajaan | Muat Turun |
| 2 | Dasar Pengurusan Rekod Dan Arkib Elektronik | Muat Turun |
| 3 | Garis Panduan Keselamatan Dokumen Terperingkat | Muat Turun |
| 4 | Garis Panduan Pengurusan Dan Pemeliharaan Mel Elektronik Sektor Awam | Muat Turun |
| 5 | Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) | Muat Turun |
| 6 | Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan | Muat Turun |
| 7 | Panduan Pengurusan Pejabat | Muat Turun |
| 8 | Perundangan Dalam Pengurusan Rekod | Muat Turun |
| 9 | Ringkasan Panduan Pelupusan Rekod Awam | Muat Turun |
| 10 | Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam | Muat Turun |
| 11 | Pemindahan Terbitan Rasmi Ke Arkib Negara Malaysia | Muat Turun |
| 12 | Panduan Pengurusan Rekod Semasa Perubahan Pentadbiran Pejabat Awam | Muat Turun |
| 13 | Electronic Records Management System Compliance Test And Evaluation Process And Procedures Dokumen | Muat Turun |
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
07-2199 000
07-2213 133
tadbirsyariah@johor.gov.my