PROFIL JABATAN
Profil Jabatan
Perutusan Ketua Hakim Syarie

As Salam mualaikum warahmatullah hiwabarakatu dan salam muafakat.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat beserta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabat Baginda, kerana dapat kita terus menyusuri tahun 2019 dengan keadaan yang harmoni di bumi Malaysia bertuah ini.

Dalam arus pembangunan teknologi , JKSNJ bergerak seiring dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. JKSNJ menjadikan laman web rasmi sebagai sumber berinformatif untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak pelanggan. Laman web ini juga dijadikan sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat dan aktiviti jabatan kepada umum serta dapat dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Dalam meniti arus transformasi selari dengan peredaran zaman , Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor perlu bersedia untuk menerima dan menghadapi cabaran globalisasi pada masa akan datang. Pelbagai masalah dan isu – isu syariah timbul di kalangan masyarakat . Sehubungan dengan itu, semua kakitangan JKSNJ perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam menangani kes – kes yang datang. Jesteru itu, saya menyeru agar warga JKSNJ dapat mengamalkan budaya kesungguhan dalam bekerja serta menerapkan sikap amanah dalam melaksanakan tugas disamping sentiasa berusaha memperbaiki diri bagi memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada pelanggan secara berterusan.

Untuk meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan, kami mengalu-alukan pandangan, komen dan teguran daripada setiap pengunjung dari masa ke masa. Setiap pandangan dan teguran akan kami perbaiki dan seterusnya menambahbaik program dan aktiviti yang dilakukan.

Akhir kata selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Negeri Johor.

Sekian,

Tuan Haji Muhammad Khaldun B. Mohamad Sharif

Ketua Hakim Syarie

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor

Profil Jabatan
Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

YA Tuan Sahul Hamid Bin Moideen

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

PERANAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

Profil Jabatan
Objektif Kualiti

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor

BahagianObjektifUkuran Sasaran
Mahkamah RayuanTempoh Masa Pengurusan Kes
(Kes Mal dan Jenayah)
21 hari selepas didaftarkan
Mahkamah TinggiTempoh Masa Kes Mal Disebut / Dibicara / SULH21 hari selepas didaftarkan
Mahkamah TinggiTempoh Masa Perintah Faraid Dikeluarkan Kepada Pemohon7 hari selepas dibuat siasatan dan penentuan bahagian hak waris
Mahkamah TinggiMasa Kes Diurus atau Ditadbir80% kes Mal dan Jenayah disebut / dibicarakan / diselesaikan dalam tahun semasa
Mahkamah RendahTempoh Masa Kes Mal Disebut / Dibicara / SULH21 hari selepas didaftarkan
Mahkamah RendahTempoh Masa Perintah Faraid Dikeluarkan Kepada Pemohon7 hari selepas dibuat siasatan dan penentuan bahagian hak waris
Mahkamah RendahMasa Kes Diurus atau Ditadbir80% kes Mal dan Jenayah disebut / dibicarakan / diselesaikan dalam tahun semasa
SULHTempoh Masa Majlis SULH90 hari dari tarikh didaftarkan
PentadbiranTempoh Masa Aduan Terima Dikeluarkan1 hari selepas aduan diterima
PentadbiranTempoh Aduan Diambil Tindakan14 hari dari tarikh aduan diterima
PentadbiranKepuasan Pelanggan80% index kepuasan pelanggan setiap tahun
PentadbiranJumlah Kakitangan yang Menghadiri Kursus80% kakitangan menghadiri kursus / latihan dalam setahun
PentadbiranTempoh Masa Aduan Kerosakan Dan Penyelenggaraan Aset Alih Diambil TindakanTindakan diambil dalam tempoh 7 hari bekerja
PentadbiranPenyelenggaraan ICT100% komputer diselenggara sekali setahun
PentadbiranPenilaian Pembekal80% mencapai purata pencapaian penilaian pembekal