PERKHIDMATAN
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)
Latar Belakang
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) susulan daripada memuncaknya kes berkaitan pengabaian perintah nafkah anak dan memerlukan perhatian dan tindakan khusus oleh pihak kerajaan. Rentetan dari permasalahan itu, kerajaan Malaysia melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama IslamMalaysia (MKI)3 telah bersetuju agar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Mula ditubuhkan secara rasminya BSK telah pada 22 Oktober 2008 dan dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM Putrajaya dan hanya beroperasi sepenuhnya pada April 2009, tumpuan Bahagian ini adalah berkisar tentang permasalahan nafkah anak yang mana tidak dijalankan dengan sewajarnya oleh bapa-bapa kepada anak-anak tersebut. Dalam majlis perasmian tersebut, BSK telah menerima sumbangan dana kewangan yang pertama sebanyak RM500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan bagi merealisasikan tujuan penubuhannya, pada bulan April 2009, BSK pusat di JKSM telah menghantar pegawai dan kakitangan ke setiap negeri di seluruh negara termasuk ke Negeri Johor. Matlamat utama BSK adalah untuk menguatkuasakan perintah MahkamahSyariah khusus berkaitan nafkah anak sahaja. Walaubagaimanapun, semenjak 2012, bidangkuasa tersebut diperluaskan kepada nafkah isteri dan nafkah eddah dan bermula tahun 2017, skopnya telah diperluaskan kepada cabang penguatkuasaan kes mutaah.

Bahagian Sokongan Keluarga secara asasnya terdiri daripada tiga (3) Unit yang berasingan tetapi saling berkaitan iaitu Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan(UKNP), Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (UPPP) dan Unit Pengurusan Dana(UPD). Setiap satu unit tersebut mempunyai peranannya yang tersendiri tetapi saling berkait dari segi proses.. Konsep penubuhan suatu agensi khusus bagi tujuan penguatkuasaan perintah nafkah bukanlah merupakan suatu konsep yang baru di dunia kerana ia telah diamalkan di Negara-negara maju seperti United Kingdom dan Australia. Negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Negara Islam Maghribi, konsep penguatkuasaan perintah nafkah ini sudah sedia wujud dan berfungsi sebagai agensi yang mentaksir, mengutip dan menguatkuasakan nafkah dan telah terbukti keberkesanannya, kalaupun masih ada ruang tertentu bagi tujuan penambahbaikan. Di Australia misalnya, Australian Child Support Agency yang diselia oleh Australian Government Department of Human Services di bawah Australian Government’s Child Support Scheme adalah badan yang mengelola urusan berkaitan saraan nafkah anak.

Model yang digunapakai oleh agensi ini telah dikaji dan dijadikan panduan di dalam menubuhkan BSK. Walaubagaimanapun, berasaskan prinsip keadilan syariah, model BSK pada hari ini merupakan hybrid kepada sistem yang sedia ada apabila satu unit khusus diwujudkan di bawah BSK yang bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kewangan dalam bentuk pendahuluan kepada pemiutang penghakiman yang terdiri daripada ibu-ibu dan anak-anak yang teraniaya sementara menunggu perintah nafkah yang mereka perolehi dilaksana dan dikuatkuasakan oleh Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah BSK. Terdapat panel Peguam Syarie di UPPP ini yang berperanan mewakili bekas isteri/ibu/penjaga kepada anak yang diabaikan nafkahnya melalui instrumen penguatkuasaan yang diperuntukkan oleh enakmen negeri yang berkuatkuasa bagi menuntut kembali hak mereka menerusi Mahkamah Syariah. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK adalah percuma.

Kriteria Pengadu Berdaftar di BSK Johor :

BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
Bangunan Mahkamah Syariah Johor
Lot 259, Jalan Abu Bakar,
80100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)
Perkhidmatan

 

 
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)
Direktori Pegawai
NamaJawatanTelefon
Noriana Binti Ahamad SapariPegawai Syariah 07 219 9055
Nurdiyana Binti AzizPegawai Syariah07 219 9058
Ahmad Noor Bin Abu BakarPenolong Pegawai Syariah07 219 9057
Norazilawati Binti JasmanPembantu Syariah07 219 9050
Nor Azila Binti OsmanPembantu Tadbir Kewangan07 219 9054
Unit Rekod
PANDUAN PENGURUSAN REKOD - AKTA, DASAR DAN PEKELILING
BilTajukDokumen
1Dasar Pengurusan Rekod KerajaanMuat Turun
2Dasar Pengurusan Rekod Dan Arkib ElektronikMuat Turun
3Garis Panduan Keselamatan Dokumen TerperingkatMuat Turun
4Garis Panduan Pengurusan Dan Pemeliharaan Mel Elektronik Sektor AwamMuat Turun
5Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) Muat Turun
6Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi KerajaanMuat Turun
7Panduan Pengurusan Pejabat Muat Turun
8Perundangan Dalam Pengurusan RekodMuat Turun
9Ringkasan Panduan Pelupusan Rekod AwamMuat Turun
10 Panduan Pengurusan Rekod Sektor AwamMuat Turun
11 Pemindahan Terbitan Rasmi Ke Arkib Negara MalaysiaMuat Turun
12Panduan Pengurusan Rekod Semasa Perubahan Pentadbiran Pejabat AwamMuat Turun
13Electronic Records Management System Compliance Test And Evaluation Process And Procedures DokumenMuat Turun
SENARAI PEGUAM SYARIE
JABATAN BANTUAN GUAMAN
SENARAI PEGUAM SYARIE
Peguam Persendirian
Prosedur Kes
Carta Aliran Kes
Prosedur Kes
Peraturan Di Mahkamah
Perundangan Syariah
Enakmen Terdahulu
Perundangan Syariah
Enakmen Terkini
Perundangan Syariah
Arahan Amalan
Perundangan Syariah
Muat Turun Borang
TAJUK KATEGORI KEMASKINI TERAKHIR Muat Turun
Borang Wali Hakim Pengurusan Kes 11 Oct 2023
Borang Pengesahan Lafaz Cerai Pengurusan Kes 11 Oct 2023
Cerai Cara Baik Pengurusan Kes 30 Jan 2024